Saturday, April 26, 2014

Gunung Kinabalu

kita sentiasa tertarik untuk menakluk cabaran yang ada. Semangat juang itu lah yang telah memacu kemajuan manusia selama ini.. Saya memang telah lama mengidam untuk menakluk gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara...cita-cita yang terpendam selama 5 tahun..cita-cita yang terbit akibat kemalangan semasa bermain futsal yang meyebabkan kecederaan lutut yang amat serius. Semenjak kecederaan tersebut, saya telah berusaha untuk mengatasi kecederaan tersebut. Walaupun kecederaan tersbut tidak lah benar-benar pulih, tetapi sebagai satu objektif untuk mengatasi kecederaan fizikal dan mental, pada ketinggian lebih kurang 8,000 meter, mendaki gunung kinabalu adalah satu cara yang terbaik. Bila peluang akhirnya terhidang, saya tidak melepaskan peluang.
Gunung Kinabalu bukan sahaja menghidangkan cabaran pendakian setinggi 8,000 meter ( dan menurun )tetapi juga pemandangan yang 'menarik nafas' (breathtaking). Semasa pendakian, jangan kita terlalu fokus dalam menghabiskan pendakian. Ambil sedikit masa untuk menikmati pemandangan flora dan fauna disepanjang pendakian.
Semasa 'pendakian terakhir' iaitu dari laban rata ke Lowe's Peak pada pukul 2.30 pagi, saya mendongak ke langit dan saya dengan pantas mengucapkan Subhanallah..maha suci Allah. Mana tidaknya, pemandangan jutaan bintang-bintang yang bertaburan di dada langit membuatkan saya terasa kerdil di bumi Allah ini. Pendakian gunung kinabalu ini telah menguji ketahanan fizikal dan mental tahap maksimum. Keletihan, kesejukan, kekurangan oksigen, semua merupakan cabaran yang bakal ditempuhi oleh pendaki. Kalau nak diikutkan fizikal, memang kaki saya memang dah tak larat nak membawa badan saya ni naik ke puncak. Apa yang terus mendorong saya mendaki sehingga ke puncak adalah kekuatan minda yang saya rasa bertindak sebagai 'reserve energy' yang menolak saya ke puncak. Tetapi sampai saja di puncak, segala keletihan tu hilang tak kemana..saya macam disuntik tenaga baru yang datang entah dari mana...tak hairanlah mengapa gunung kinabalu terus menerus menerima ribuan pendaki.

Thursday, April 24, 2014

Gambar ni merupakan salah satu favorite semasa aku menunaikan umrah di Mekah. Seorang kanak-kanak perempuan yang mengikut ayahnya solat di masjid menarik perhatian jemaah yang lain. Kanak-kanak memang dari segi semulajadi suci. Gambar ini juga meggambarkan kasih ayah yang membawa anaknya bersolat.