Tuesday, May 27, 2014

Hari ini merupakan hari peperiksaan bagi kertas saya Commercial Law. Saya sempat juga melawat pelajar-pelajar saya sebelum peperiksaan. Beri kata-kata semangat dan menenangkan tension students. Ni dah study berjemaah lak kat koridor exam hall sebelum exam. Dari yang saya lihat, semua student dalam up beat mode...satu petanda yang baik :). Jam dah hampit pukul 12, jadi budak-budak ni mesti dah habis jawab exam questions. Setelah beberapa lama mengajar, saya rasa batch kali ini saya panggil batch kanak-kanak riang. Happy jer, so innocence macam kanak-kanak. Hard time in teaching them tapi happy her diorang ni. Hard time adalah selepas ini, iaitu menanda kertas dan key in markah ke dalam system..Sleepless nite. Kena siapkan before Friday dan lepas ni boleh bercuti dengan tenangnyer menyambut Hari Gawai di Kuching, Sarawak. So next posting mungkin dari Sarawak lah yer :)

Saturday, May 24, 2014

Harapan Saya

Saya sentiasa meluangkan masa untuk memberi lecture kepada pelajar-pelajar UniKL Business School. Tidak kira sesibuk mana, saya akan make it a point untuk hadir ke kelas. Persiapan untuk ke kelas memaksa saya untuk membuat research terlebih dahulu. Secara tidak langsung saya dapat menambahkan pengetahuan. Tetapi apa yang penting, saya sentiasa percaya kepada potensi anak-anak muda terutama pelajar-pelajar universiti...human capital... Mereka merupakan harapan saya untuk membangunkan sumber manusia untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Apa yang menarik adalah pelajar-pelajar ini telah banyak mengajar saya tentang pemikiran yang baru...trend terkini, dan denyut nadi generasi Y ini. Cabaran utama bukanlah segi keupayaan akademik seseorang pensyarah tetapi kebijaksanaan dan idea kreatif seseorang pensyarah untuk menyampaikan mesej-mesej pengajaran akademik serta nilai-nilai murni kepada pelajar. Kita harus memahami generasi Y ini. Pemikiran "aku yang dulu makan garam" tidak lagi relevan di zaman ini. Zaman ini pengajar dan pelajar sentiasa harus berhubung...saling belajar dan mengajar. Teknik yang sama boleh digunakan oleh marketer dalam menyampaikan mesej-mesej produk kepada pengguna dalam memastikan produk kekal relevan. Hendak kekal relevan, sentiasa lah memahami generasi terkini. Sehingga kita berjumpa lagi semester hadapan :)

Wednesday, May 14, 2014

Semasa membuat back up telephone isteri, saya terjumpa gambar lama semasa di Sydney Opera House. Malam tersebut hujan gerimis dan cuaca amat sejuk. Saya pulak terkial-kial cuba mengambil gambar opera house. Tetapi equipment dan pengalaman mengambil gambar waktu malam yang kurang membuatkan saya berasa amat hampa sekali. Selepas berpuluh shot, masih kabur. Gambar yang saya ambil menggunakan iPhone 4s lebih baik dari gambar yang menggunakan DSLR saya. Pengalaman tersebut banyak mengajar saya. Kelengkapan kena betul. Ilmu kena cukup. Saya mula bertukar kepada lensa Tamron 20-200mm. Saya juga mula membaca majalah fotografi untuk mendapatkan tips yang berguna. Ramai yang bertanya mengapa saya suka fotografi. Fotografi amat sinonim dengan cara kita menjalani kehidupan ini. Kita harus bersabar dengan keadaan cuaca dan keadaan persekitaran. Kita juga harus melengkapi diri dengan ilmu dan kelengkapan yang yang cukup. Jika tidak, kita harus terus mencari ilmu dan meningkatkan kelengkapan. JIka kita bertuah, kita akan berada di tempat dan masa yang tepat dan kita akan dapat merakam peristiwa atau pemandangan yang mempunyai wow factor. Memahami fotografi mengajar saya memahami kehidupan ini. Bagi saya, merakamkan sesuatu peristiwa itu sesuatu yang amat romantik sekali. Fotografi bagi saya adalah satu medium bagi mereka yang suka keindahan ciptaan Nya. Satu wadah untuk menyebarkan keindahan kehidupan ciptaan Nya..Tuhan telah melukis keindahan hidup ini di kanvas alam, fotografi cuma merakam kan keindahan itu supaya kita sebagai hamba tidak lupa untuk terus memuji Nya.

Saturday, May 10, 2014

Misi mencari air terjun Bukit Saga

Hari ini misi mencari air terjun di Bukit Saga hari ini terpaksa di batalkan. Saya pernah ke air terjun Bukit Saga sebelum ini. Sebelum ini saya menggunakan pintu masuk dari taman cuepacs. Tetapi hari ini saya menggunakan pintu dari Taman Saga. Packed dengan kamera, tripod, bag galas, sebotol air dan pisang. Tepat pukul 7 pagi saya menelurusi trek hutan. Bukuit Saga memang terkenal dengan trek yang berbukit curam. Oleh kerana saya tidak pernah mengikut trek ini, saya tidak pasti berapa jauh untuk sampai ke tempat air terjun. Sehingga pukul 8.30 pagi, trek masih lagi jauh untuk sampai ke air terjun. Saya melihat ke atas dan langit begitu mendung. Bag saya tidak dilengkapi dengan bag cover. Saya sedang memikirkan risiko kamera saya rosak jika hujan lebat kerana bag saya tidak mempunyai cover bag. Bekalan air pun tak mencukupi. Mungkin saya underestimate jarak perjalanan yang diperlukan. Saya akhirnya buat keputusan untuk berpatah balik dan akan datang semula dengan kelengkapan yang lebih baik. Takpelah, at least berpeluh jugak hujung minggu ni..itu yang penting.

Friday, May 2, 2014

Mereka yang dilupakan

Mereka akan menjelma sebaik sahaja pintu-pintu kedai ditutup diwaktu malam. Tiada selimut atau tilam empuk, hanya surat khabar ataupun kotak-kotak yang menjadi alas tempat beradu. Kita gelar mereka golongan gelandangan atau 'the urban poor"... yang menurut definisinya hidup dengan kurang daripada USD1 sehari.Sebagai perbandingan, cuba anda fikir kembali berapa kah jumlah sarapan anda pagi tadi. Kebarangkaliannya adalah lebih daripada RM5. Itu untuk sarapan sahaja, belum dikira minum pagi, makan tengah hari, makan malam dan kudapan lagi. Oh, ada juga trend muda-mudi sekarang yang mesti minum di Starbuck Coffe setiap pagi. Karipap sardin pun dah RM0.50 sekeping. Jadi bayangkan pendapatan sebanyak RM3.20 sehari..itupun jika mereka ada RM3.20 tersebut. Bukan semua adalah pengemis. Ada yang mempunyai pekerjaan, tetapi pendapatan mereka tidak mampu untuk membeli makanan 3 kali sehari, apatah lagi untuk menyewa rumah atau bilik. Maka, kaki-kaki lima menjadi 'hotel' mereka pada setiap malam. Ada yang menagih dadah, ada yang malas bekerja dan mengharapkan sumbangan wang derma sebagai sumber mata pencarian. Masyarakat mempunyai pandangan negatif terhadap golongan ini dan sering melabelkan mereka sebagai sampah masyarakat. Apakah punca sehingga mereka berakhir di jalanan. Ada yang melarikan diri dari keluarga, hilang pekerjaan, di halau oleh keluarga. Ada juga mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan tetapi gagal. Akhirnya mereka menjadi seperti unggas yang berterbangan menuju ke arah ibukota. Semua tahu apakah nasib unggas ini apabila bertemu dengan sumber cahaya tersebut. Walau apapun alasannya, mereka sudah menghuni kaki-kaki lima Kuala Lumpur. Organisasi bukan kerajaan dengan sokongan badan-ban korporat cuba membantu dengan memberi makanan percuma. Walaupun usaha ini tidak mampu untuk menyelesaikan masalah urban poor ini dalam jangka masa yang panjang, sekurang-kuranghya ia dapat meringankan sedikit penderitaan golongan gelandangan ini.
Saya terbaca di akhbar pada hari ini bahawa pengusaha tomato membuang hasil tanaman mereka akibat harga tomato yang merudum jatuh. Tidak lama dahulu, pengusaha ayam membakar anak-anak ayam untuk mengelakkan kejatuhan harga ayam akibat lebihan penawaran. Saya terfikir, apa yang kena dengan dunia ini. Adakah lebih baik lebihan bahan-bahan makanan ini disalurkan kepada orang yang lebih memerlukan. Mengapa pengusaha bahan mentah ini tidak bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan untuk menyalurkan lebihan hasil tanaman mereka kepada golongan gelandangan ini. Pengusaha tanaman ini dapat mengawal jumlah tawaran di pasaran dan pada masa yang sama berbakti kepada masyarakat.
Kita juga tidak terlepas dengan jumlah makanan yang kita bazirkan setiap hari. Ada di antara kita yang tidak makan lauk semalam yang dipanas semula. Ada juga yang memilih makanan atas alasan 'not my taste'...Pernah kah kita merenung perbuatan kita yang membazir rezeki dan membandingkan dengan nasib golongan gelandangan ini. Kenapa masalah gelandangan ini perlu dipandang serius? Kesusahan hidup ini akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah untuk terus hidup. Maka kadar jenayah seperti dadah, samun, dan pelacuran akan meningkat. Namun begitu, usaha untuk mengelurkan golongan ini dari situasi mereka sekarang bukanlah sesuatu yang mudah, memerlukan komitmen yang tinggi dan perbelanjaan yang tinggi..kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan daripada wang cukai yang dibayar oleh sebahagian kecil rakyat. Kemungkinan besar, solusi permasalahn ini boleh didapati dengan mengenal pasti punca mengapa golongan ini berada di jalanan pada mulanya. Usaha mengawal punca mereka berada di jalanan mungkin boleh mengurangkan populasi golongan ini. Kita sentiasa menutup mata pada permasalahn ini kerana kita tidak perlu dan tidak mahu melihat mereka. Mereka hanya keluar di waktu malam ketika kita enak dibuai mimpi di atas tilam empuk, atau di atas sofa menonton televisyen, mahupun sedang bersorak ria menonton bola sepak di kedai mamak. Golongan gelandangan ini adalah 'someone else problem'...kerana mereka adalah, golongan mereka yang dilupakan...