Wednesday, May 14, 2014

Semasa membuat back up telephone isteri, saya terjumpa gambar lama semasa di Sydney Opera House. Malam tersebut hujan gerimis dan cuaca amat sejuk. Saya pulak terkial-kial cuba mengambil gambar opera house. Tetapi equipment dan pengalaman mengambil gambar waktu malam yang kurang membuatkan saya berasa amat hampa sekali. Selepas berpuluh shot, masih kabur. Gambar yang saya ambil menggunakan iPhone 4s lebih baik dari gambar yang menggunakan DSLR saya. Pengalaman tersebut banyak mengajar saya. Kelengkapan kena betul. Ilmu kena cukup. Saya mula bertukar kepada lensa Tamron 20-200mm. Saya juga mula membaca majalah fotografi untuk mendapatkan tips yang berguna. Ramai yang bertanya mengapa saya suka fotografi. Fotografi amat sinonim dengan cara kita menjalani kehidupan ini. Kita harus bersabar dengan keadaan cuaca dan keadaan persekitaran. Kita juga harus melengkapi diri dengan ilmu dan kelengkapan yang yang cukup. Jika tidak, kita harus terus mencari ilmu dan meningkatkan kelengkapan. JIka kita bertuah, kita akan berada di tempat dan masa yang tepat dan kita akan dapat merakam peristiwa atau pemandangan yang mempunyai wow factor. Memahami fotografi mengajar saya memahami kehidupan ini. Bagi saya, merakamkan sesuatu peristiwa itu sesuatu yang amat romantik sekali. Fotografi bagi saya adalah satu medium bagi mereka yang suka keindahan ciptaan Nya. Satu wadah untuk menyebarkan keindahan kehidupan ciptaan Nya..Tuhan telah melukis keindahan hidup ini di kanvas alam, fotografi cuma merakam kan keindahan itu supaya kita sebagai hamba tidak lupa untuk terus memuji Nya.

No comments:

Post a Comment