Sunday, June 15, 2014

Kuching, Sarawak

Adakah anda mahu melihat kebudayaan yang menarik, pemandangan yang cantik, makanan yang menyelerakan, mahupun mencari satu ketenangan. Anda akan temui semua ini dan lebih lagi di Sarawak. Dengan lebih 24 etnik, Sarawak merupakan satu tempat yang unik dari segi kebudayaan tradisi, flora dan fauna, pemandangan serta layanan yang ramah. Sarawak mempunyai satu potensi produk pelancongan yang baik, cuma kadang-kadang ia tidak begitu diketengahkan.
Saya berpeluang untuk balik ke Kuching untuk sambutan Gawai baru-baru ini. Gawai merupakan sambutan perayaan semangat padi. Mungkin anda lebih memahami konsep 'harvest festival' atau pesta menuai. Saya berpeluang untuk shoot beberapa foto tentang jalan-jalan sekitar Kuching. Kuching sewaktu Gawai dan Krismas agak lengang tetapi masih lagi meriah.
Dari keindahan gunung santubong, kehijauan taman negara bako, kesegaran makanan lautnya, manok pansuh, keasyikan tariannya, atau hanya melepaskan lelah di padang merdeka, anda akan berasa waktu seperti terhenti. Walaupun kebudayaan tradisional merupakan salah satu competitive advantage Sarawak, tetapi kita boleh juga melihat kemunculan kesenian yang baru seperti mural-mural di Jalan Power. Rain forest festival telah lama menjadi tarikan pelancong ke Kuching. Apa yang saya perhatikan, walaupun Sarawak begitu kaya dengan kebudayaan tradisional, sarawak juga telah mula menerima contemporary art. Hasil pertembungan budaya ini telah mencipta letusan kreativiti yang menarik. Setiap kali saya di kg Sudoh (kira-kira 30 minit dari Kuching) kazen saya pasti sedang mengasah bakatnya sebagai seorang DJ...and he is good at it.
Saya tinggalkan anda dengan gambar-gambar yang diambil ketika perayaan Gawai yang lepas untuk tatapan anda...Saya akan up date tempat-tempat menarik di Sarawak pada masa kan datang. Stay tune folks.