Wednesday, September 10, 2014

Yogyakarta

Yogyakarta merupakan sebuah kota yang dinamik. Dinamik dari segi tinggalan sejarah seperti candi Borobudur, universiti Gadjah Mada yang masyhur, beca yang bersaing dengan kereta-kereta moden, hinggalah kepada grafiti yang melakar dinding-dinding bangunan di sekitar kota ini. candi Borobudur merupakan salah satu warisan yang mendapat pengiktirafan UNESCO hampir dilupakan musnah dimamah alam semulajadi hinggalah dijumpai oleh Sir Stamford Raffles. Usaha pembaikan telah berjaya memulihkan artifak sejarah ini untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
Apa yang ironinya adalah Yogyakarta didiami oleh majoriti muslim. Saya beranggapan dengan jumlah candi yang banyak, Yogyakarta akan didominasi oleh penduduk yang menganut agama Hindu.
Berada di Yogyakarta, masa lampau dan masa kini bersilih ganti. Kesenian tradisi dan moden bercampur baur didalam proporsi yang harmoni. Yogyakarta berjaya mengekalkan kesenian tradisi dan pada masa yang sama menganjurkan kesenian moden. Produk pelancongannya berjaya diadun dengan pakej yang berjaya. Sesuatu yang boleh dipelajari oleh kita.

No comments:

Post a Comment