Sunday, October 5, 2014

Turkiye... negara yg penuh dengan museum. daripada istanbul, Kusadasi, Ankara dan apa-apa yang diantaranya, penuh dengan tinggalan sejarah. Museum. cami, pusara, arkitektur, dan puing-puing runtuhan bertebaran di seluruh negara penghubung dua benua ini. Melihat kepada keindahan negara ini, tidak hairan lah ia menjadi rebutan kuasa-kuasa dunia disepanjang zaman. Empayar Rome, Byzantine, Seljuk dan Uthmaniyyah sentiasa cuba mencacak panji kekuasaan di Turki. Turki pada masa lampau terbahagi kepada eropah di bawah empayar constantinople dan asia di bawah kerajaan Uthmaniyyah, dipisah kan oleh laut Bhosporus.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa tentera yang paling hebat adalah tentera yang berjaya menakluk kerajaan di Constantinople. Sabda Rasulullah SAW menunjukkan visi Baginda yang saat jauh mendahului zaman. Visi baginda telah memberi motivasi kepada para sahabat untuk melancarkan ekspedisi- ekspedisi ketenteraan terhadap kota Constantinople. Constantinople harus ditawan kerana dari situlah tentera- tentera kristrian melancarkan serangan-serangan terhadap wilayah-wilayah dibawah kerajaan Islam.
Saat keemasan Uthmaniyyah berada di puncak apabila Sultan Mehmet Al- Fateh pada masa mudanya berjaya menawan kota constantinople. Dengan tertawannya kota Constantinople, maka lengkaplah negara Turki yang menghubungkan benua eropah dan asia. Lengkapnya negara ini maka Constantinople dinamakan Islambul iaitu "Islam kesuluruhan" , nama yang digunakan sehinggalah ditukar oleh Mustapha Kamal Attaturk kepada Istanbul. Hambatan sejarah telah mempengaruhi fabrik sosial, ekonomi dan hubungan luar Turki. Corak intelektual banyak dipengaruhi oleh pemikiran hebat benua Eropah dan Asia. Penyajak terkenal Rumi berasal daripada Afghanistan dan berhijrah ke Konya dimana banyak karya-karya beliau menjadi inspirasi kepada masyarakat dunia.
kesempatan melawat museum Melvana "rumi" di Konya merupakan satu pengalaman yang amat berharga. Melvana merupakan seorang ahli sufi dan juga penyajak yang terkenal. Kita mungkin lebih mengenali Melvana dengan nama Rumi. Seringkali kita melihat bait-bait sajak beliau dipost di dalam facebook. Amat penting bagi kita tidak hanya "memotong dan menampal" (cut and paste) dan share sajak-sajak beliau di facebook tanpa mahu memahami dan mendalami pemikiran disebalik sajak-sajak tersebut.
Seni arkitektur seperti Ayasofea dan blue mosque banyak mempengaruhi seni bina masjid di dunia. Masjid Wilayah di Kuala Lumpur misalnya banyak dipengaruhi oleh Blue Mosque dan Ayasofea. Ironinya ayasofea asalnya merupakan sebuah gereja kini merupakan inspirasi senibina masjid di seluruh dunia.
Cappadocia menghidangkan satu keindahan bentuk muka bumi yang mengagumkan. Rekahan batu-batu yang pelbagai bentuk mengasyikkan mata yang memandang. Perkhidmatan belon panas boleh digunakan bagi sesiapa yang hendak menikmati pemandangan dari udara. Bandar Cappadocia ini hidup disebabkan kegiatan pelancongan yang telah menghidupkan industri sokongan seperti seramik, batu permata, dan karpet.
Perjalanan du bumi Turki kali ini di musim luruh. Di sepanjang jalan terutama dari Pamukkale ke Cappadocia, kita akan dihidangkan dengan lautan padang rumput yang bewarna emas kekuningan. Saya memasang lagu di iPhone, melekapkan earphone di telinga sambil memandang keluar dari kaca tingkap bas yang seolah-olah satu layar televisyen. Lalu saya mendapat satu soundtrack filem alam yang amat mengasyikkan. Pengembaraan di bumi Turki ini memang merupakan satu pengembaraan yang mengasyikkan.
Turki merupakan 'melting pot' kepada pemikiran Asia dan barat telah menghasilkan satu adunan yang ampuh untuk bangun sebagai kuasa dunia pada masa lampau dan akan datang.

No comments:

Post a Comment